Wednesday, April 20, 2016

"Simcard Tone Excel : Haram kerana berunsur helah dan riba tanpa sedar" - PhD Islamic and Banking



Di sebalik #kisahbata dan Simcard Tone Excel - Satu Pandangan

Terlalu banyak pertanyaan diterima tentang #toneexcel. Saya pernah tulis di muamalat.my tapi tidak menjawabnya secara 'direct to the point'. Kali ini supaya lebih faham, terutama para ustaz dan penuntut muamalat, perhatikan baik-baik. Dalam proses 'tahqiq al-manat', situasi ini, dalam usul fiqh (teori hukum Islam) dikenali sebagai 'al-khafi'. Al-khafi ialah satu situasi yang mana 'al-manat' atau objektif hukum itu sudah jelas pada peringkat teori, tapi kabur dalam aspek pelaksanaannya, lantaran kesukaran kita untuk mengkonsepsikan realiti dalam bentuk yang jelas. Yang kabur itulah saya jelaskan dalam bentuk tamsilan mudah melalui #kisahbata.




#kisahbata sebenarnya bertujuan untuk menjelaskan hakikat sebuah perniagaan. Adakalanya kita dikelirukan dengan kewujudan produk, akad, dan perniagaan. Kekeliruan ini tidak sekadar mengelabui mata pencinta harta, bahkan mengelirukan para ustazah dan para penuntut muamalat Islam. 

Daripada contoh #kisahbata, kita dapat lihat wujud unsur utama kontrak. Iaitu, akad yang jelas, produk yang 'real', dan kelebihan yang betul. Namun, 'common sense' kita dapat kesan bahawa kontrak itu bukanlah jual beli yang sebenar yang diiktiraf oleh agama. Adakah boleh kita jual bata itu harus, kerana kita tidak memaksa pembelinya untuk menjual bata jenama yang sama kepada orang lain? Adakah boleh kita katakan harus, jual bata dengan harga setinggi itu, hanya kerana adanya 'mutual consent'? Walaupun bata itu ada gunanya untuk membuat rumah, tapi itu bukan tujuan utama pembeli bata. Pembeli bata tidak mahu produk, tapi mahu kelebihan yang lain. Dan kelebihan yang lain itu tidak akan diperolehi kecuali dengan menjual bata yang mahal itu, sedangkan bata lain yang murah yang seumpamanya ada di pasaran.

Inilah yang berlaku dalam simcard TE, yang merupakan simcard Tune Talk yang dimahalkan harganya hanya kerana untuk menjana pendapatan pasif. 
  • Anda boleh dapatkan sim kad TuneTalk dengan harga RM30 (termasuk GST) dengan kredit isian RM45 + 1.5GB data! Tapi ToneExcel harganya RM98.60 (termasuk GST).Perbezaan harga sangat ketara.
  • Semua kelebihan yang dinyatakan dalam TE ada dalam TT. Jadi mengapa TE perlu mahal? 
  • Call rate TE sangat mahal 28 sen berbanding TT 16 sen, 75% lebih mahal berbanding TT. Tidaklah menguntungkan jika setiap kali topup dapat bonus, atau downline yang topup, upline dapat percentage bonus, kerana anda telah bayar lebih 75% daripada produk asal. Anggarkan jika penggunaan RM160 TT, pengguna TE bayar RM280!.
  • Produk TE menawarkan point untuk beli tiket AirAsia, produk TT pun sama.
  • Produk TE menawarkan insurans konvensional sama seperti TT. Ini pun satu masalah, apabila secara tidak langsung anda terlibat dengan insurans konvensional. Syaratnya topup RM50. 

Ringkasnya, semua harga termasuk sim card dan kos panggilan dinaikkan, hanya untuk mencipta satu skim pendapatan pasif, sama sahaja 100% dengan #kisahbata yang anda baca. 

Kita tidak kisah jika Simcard ToneExcel mahal jika :
  • Nombornya cantik, contohnya 0111-999 2020, at least berbaloi; atau
  • Tempoh jangka hayat yang panjang, contohnya tak perlu topup 8 tahun, berbaloi; atau
  • Data 100GB sebulan free, at least, berbaloi
  • Atau apa sahaja yang common sense atau 'uruf masyarakat boleh nilai sebagai berbaloi. Tapi ia tidak wujud dalam produk ini kecuali dengan menjual semula kepada orang lain.

Di kala masyarakat kita sibuk membantah GST cuma 6% untuk kredit tambah nilai, TE menaikan harga Simkad mereka sehingga lebih 300% dan menaikkan kadar panggilan sehingga 75% hanya untuk menghidupkan skim pendapatan pasif dengan jualan semula.

Jelas, tanpa berselindung lagi, saya kali ini tidak dapat mencari sebarang alasan untuk tidak mengatakan simcard ini adalah berunsur piramid, gharar, dan mengandungi unsur al-ghubn al-fahisy, iaitu eksploitasi kerelaan untuk mendapatkan keuntungan yang berlebihan. 

Jika dilihat pula fatwa-fatwa antarabangsa tentang isu produk yang dinaikan harga seperti ini, dan tujuannya iaitu untuk mewujudkan satu sistem piramid, menurut fatwa oleh Lajnah al-Buhuth wa al-Ifta, Arab Saudi, juga oleh Darul Ifta', Jordan, Darul Ifta Mesir, adalah haram kerana berunsur riba (secara helah), gharar, dan eksploitasi kerelaan. Walaupun produk itu wujud, tapi produk itu bukanlah sesuatu yang diinginkan, yang diinginkan adalah keunntungan hasil jualan semula produk yang sama yang mahal, sedangkan produk lain seumpamanya wujud di pasaran. Menurut mereka, alasan wujudnya barang untuk dikatakan sebagai harus, tidak boleh dipakai kerana produk hanya helah, yang dikehendaki bukan produk. Kalau inginkan produk, beli sahaja TT, lebih murah.

Produk ini juga tidak menepati kriteria produk yang digariskan oleh Garis Panduan MLM JAKIM iaitu kerana melibatkan elemen riba.

(a) Harga bagi produk yang ditawarkan oleh syarikat hendaklah munasabah, berpatutan, tidak melampau dan berkadaran dengan jenis dan kualiti barang perkhidmatan.

Namun, ada cara untuk jadikan produk Skim TE ini agak patuh Syariah. Tidak susah bagi pemasaran yang ada produk untuk jadi patuh Syariah. Caranya ialah jadikan simkad ini berbaloi kepada pembeli dengan harga yang mahal, seperti yang dinyatakan di atas. Cadangan saya, berikan nombor yang cantik dan berbaloi, atau tempoh jangka hayat yang panjang dan berbaloi, atau paling kedekut pun panggilan yang sangat rendah berbaloi dengan simkad yang dibayar. Bukan beri kelebihan kerana menjual semula sim kad itu. 

Ya, mungkin sah di sisi undang-undang, tapi dalam dunia kapitalis sekarang ini, banyak perniagaan yang "legally right but morally wrong". Sebenarnya tanpa melihat hukum agama pun, common sense boleh menilainya. 

Sebagai kesimpulan, ini sekadar pandangan peribadi berasaskan penelitian saya, dan pandangan saya tidak mengikat anda untuk menerimanya. Anda bebas untuk bersetuju atau tidak. Cuma jika anda tidak bersetuju dengan pandangan ini, anda mungkin boleh bersetuju jika kita jual bata binaan itu dijual dengan harga RM100 sebiji!

Wallahu A'lam. 

Rujukan maklumat:

#kisahbata #toneexcel

thanks and totally credit to MyMediaViral.my

petikan asal dari Fb Page Muamalat.my

Sunday, January 12, 2014

Domain name Baru Untuk Blog Hafiz Roshdi ( hafizroshdi.my)



==============


Assalamualaikum...

Salam satu bllooogggeeerrr

start pada waktu ini...

saya nak merajinkan diri untuk ber-blog..

sebab 10 tahun nanti..

kita akan tengok apa yang kita dah buat...

baru tahu ke <----  tak suka betul dengar ayat ini

bukan baru tahu, ada perkara bertujuan untuk menyampaikan kepada mereka yang belum dapat tahu ...

sekadar menulis perkara kebaikan

so anda nak kebaikan? menulislah, kelilinglah dengan rakan-rakan yang sentiasa support apayang kamu buat... seronok tahu.... hee


==========

lari tajuk terusssss.... rabokss....

nama blog saya dulu. bukan nama... domain name ....

bahasa ringkas.... :

domain name : nama ( url blog)

hosting : rumah blog ( masih guna blogspot )

buat masa sekarang ini, saya cuma buat domain name


===========


sebelum : www.hafizroshdi.blogspot.com

selepas : http://hafizroshdi.my


==========

tarikh 25hb Dec 2013 x silap saya,
ada promotion dari mynic.my depan PTAR 1, perpustakaan

free setahun dua domain name

satu untuk personal
satu lagi untuk bisnes

sape mynic.my? klik nama tu.. tq

renew just RM60 untuk 2 domain name.. (not sure)

ichoose.my dan imceo.my mereka punya

ok.. tu jer.. nantikan cerita baru..


===========


tiada yang benar melainkan kebenaran dari

hafiz roshdi

HBR - senyumsokmo-

Last Paper Final Exam 16hb Jan 2014


=============

Salam,

Selamat Tahun Baru kepada blooggerr  yang dikasihi...

thanx yang sudi baca...

thanx yang follow...


=============


12/1/2014 -

baru habis tengok citer 3 idiots , best, nak tengok sebab nk naikkan semangat yang malas nak study lagi untuk paper last...

paper last memang macam tu ke?

x ada lah, kita je yang fikir macam tu...

sama jer... krik krik krik


==============


dalam masa nie...

tengah buat list untuk group fb... hi hi hi

list yang terkumpul... lebih 150..

166 grup .. exact ok! haha

eh, entry nie bukan nak cakap pasal bisnes la... haishh

sshhhh... bising r...

manusia ni tak tengok pada usaha tapi pada kejayaan sesuatu perkara yang dilakukan...

so wait dear ... wait... <3 hehe


========


asal-asal nya malam nie da nak study... tapi...

tu yang tengok citer 3 idiots tu... :P heee

ok lah... 4.47 am done!


=======


tiada yang benar melainkan kebenaran dari

hafiz roshdi

HBR - senyum sokmo -

Tuesday, December 17, 2013

Dapat hadiah lagi

Salam 1 blogger

hari ini nak citer .. saya dapat hadiah dari kawan.. 

key-chain

tq



salam

Sunday, November 24, 2013

Doodle Pertama Hafiz Dapat

Salam

Doodle pertama hafiz dapat dari atikah shahrom, panggil Atiey. 

Comel , cantik lagi, haha

ni dia benda doodle tu


AKAN DATANG 

HAFIZ SIMPAN DOODLE BARU DI SINI

SELAMAT MAJU JAYA DALAM BERBLOG

SENYUM SOKMO ORANG KITER

ASSALAMUALAIKUM


Friday, November 1, 2013

TUTORIAL PASANG COUNT-DOWN TIMER FOR WEBSITE

SALAM..

HARI INI BELAJAR BENDA BARU

BUAT COUNTER DOWN TIMER

------

Sebenarnya bukan belajar, tapi nak search mEnde lain.. menda ni plk yang terjumpa.. huhu xpe la... boleh letak untuk peringatan PENTING... hehe

------

ni linknya... kalau sape2 berminat nk buat jugak... tekan SINI

CARA-CARA NAK BUAT.. STEP MUDAH IKUT

1 - BUKAK WEBSITE -- SINI

2 - TEKAN Copy or modify existing countdown
     (tekan sebab preview papar counter-up, bila dah tekan akan papar counter down)

3 - Ruangan tempat MESTI  ---- Malaysia, Kuala Lumpur

4 - Camne nak adjust "month" "day" "year" .. "hour" "minute" "second" ?
     Cuma tekan dalam kotak tiap satu yang nak diubah

5 - configure design - pilih yang mana suka hanya dengan klik pilihan yang diberikan

6 - background flash theme - Buat pilihan yang tepat dan terbaik

7 - Customization for when time has not yet passed :
      --> Top header Text : (reka ayat anda) cth : TARIKH KAHWIN

      --> Middle Header Text : (reka ayat anda) cth: Dah Tak Sabar

8 - pading : x yah care la.. huhu.. x penting

9 - pastu tekan "show HTML for countdown timer"

10 - copy kod yang dalam kotak tu... paste kat website anda

SIAP... 




HAFIZ ROSHDI
-hbr-

Thursday, August 1, 2013

DISEBALIK BENGKEL FACEBOOK TENGKU FARIS??!!!

AWAL MULA PERTAMA MULA... ASSALAMUALAIKUM ... :)


PEMBUKA BICARA mengenai gembar gembur boom bang boom bang pasal BENGkel Fb yang hangat diperKATAkan sejak kebelakangan ini..


BENda BARU biasa LA...


mesTi HeboH ...


sedikit MAklumAt dari Laman FB rahsia mengenai Bengkel FB seMPAt SAya daPAT...


JAngan TErkejut..


Jom SELAMI APA yang MENARIK mengenai BENGKEL FACEBOOK TENGKU FARIS TENGKU KHALID untuk MEREKA YANG BARU INGIN MENGENALI PERNIAGAAN ONLINE!!!!




>>>> BENGKEL FACEBOOK <<<<





RAHSIA 1 :

MACAM MANA ANDA MAHU RAKAN ANDA BUKAN HANYA SEKADAR BACA DAN BUKAN TERUS SKROL KE BAWAH TANPA BACA APA YANG DITULIS

SBG CONTOH :


"Betul orang kata, UNTUNG SANGAT berniaga di Facebook ni?"



"Kalau dapat income RM1500/SEBULAN dari rumah je, okey tak?"



"TAKDE PRODUK nak jual.. Apa nak dijual dan bagaimana??"



"Saya dah 'FRUST' berniaga, asyik rugi jer.. Apa HARUS saya buat?"



"Dah cuba berniaga macam-macam produk, tapi TAK KAYA pun.. "



"Kawan Selalu Ejek, BERNIAGA SANGAT, Pakai KERETA BURUK Jer.."



"Saya TAKDE DUIT untuk buat MODAL berniaga, macam mana?"


RAHSIA 2 :

SEBELUM tu, SAYA nak tanya TUAN/PUAN sekalian dah tahu venue event ni???

TENGOK info di bawah ni...

















bengKEL fb ni dibuat 2 kali sebulan di berlainan tempat, HARI YANG sama iaitu SABTU

KENAPA SABTU... sebab negeri-negeri pantai timur cuti JUMAAT SABTU... negeri-negeri pantai barat kebanyaKkan cuti SABTU AHAD.. kesesuaian hari cuma hari SABTU jer...


EVENT paling awal pun 24 / 8 / 2013 hari SABTU... di UiTM Shah Alam , Selangor
( masih ada 28 lagi kekosongan ) - DAFTAR SEKARANG

pastu 31 / 8 / 2013 ... di WISMA PELADANG, KUALA TERENGGANU
( maklumat terkini ada 29 kekosongan ) - DAFTAR SEKARANG

14 / 9 /2013.. di UTM Skudai , JOhor... JDT(hehe)
( tersedia 40 lagi tempat duduk ) - DAFTAR SEKARANG

28 / 9 / 2013 .. di UiTM Kota Bharu , Kelantan ( kelate )
( 37 tempat kosong ) - DAFTAR SEKARANG

12 / 10 / 2013 .. Kolej Komuniti , Kuantan ( aok.. koi.. )
( tinggal 33 lagi kekosongan ) - DAFTAR SEKARANG

last 26 / 10 / 2013 .. berlangsung di Kolej Universiti Insaniah, Alor Star, Kedah ( mai dah.. hehe)
( 40 kekosongan masih dibuka ) - DAFTAR SEKARANG

masa berlangsungnya mula 9.00 PAGI HINGGA 5 PETANG..

MAKANAN TENGAHARI DISEDIAKAN..


RAHSIA 3 :




Apa yang anda akan pelajari melalui kursus lengkap 1 hari ini?


  • 1 kaedah terbaik mengkaji pasaran yang dijamin sangat menguntungkan! Walaupun anda masih baru nak belajar berniaga. Kalau setuju
  • DAFTAR SEKARANG

  • 3 teknik menaikkan LIKES page anda dengan mudah, cepat dan ringkas! Apabila LIKES page anda dah naik, target makin luas, pelanggan makin besar!  Kalau setuju
  • DAFTAR SEKARANG

  • 1 sistem yang hampir sepenuhnya auto untuk menjalankan bisnes di facebook.  Kalau setuju
  • DAFTAR SEKARANG

  • Cara terbaik ‘melayan’ pelawat, dan mengubah mereka menjadi pelanggan anda.  Kalau setuju
  • DAFTAR SEKARANG

  • 15 teknik meng’update’ post supaya page anda nampak sangat berkredibiliti.  Kalau setuju
  • DAFTAR SEKARANG

  • Rahsia menarik LIKES yang boleh menjadi pelanggan setia anda sampai bila-bila.  Kalau setuju
  • DAFTAR SEKARANG

  • 2 langkah penulisan iklan yang mampu menarik orang ramai percayakan anda.  Kalau setuju
  • DAFTAR SEKARANG

  • Tips terbaik untuk menjana RM500-RM2,000 SEBULAN hanya dengan Facebook!  Kalau setuju
  • DAFTAR SEKARANG

  • 1 strategi update post di facebook yang menjadikan page anda nampak hidup walapun anda langsung tak online.  Kalau setuju
  • DAFTAR SEKARANG



KESIMPULAN DARI APA YANG KITA BACA, KITA SEBENARNYA TIDAK BOLEH MENILAI SESUATU PERKARA SEMATA-MATA DARI BUAH MULUT ORANG LAIN YANG BERUNSUR NEGATIF. 




Sesuatu perniagaan TIDAK memerlukan satu sifat NEGATIF. Dipetik dari sebuah buku yang tidak mungkin asing buat anda :

"LAW OF UNIVERSAL ATTRACTION MAGNET KEBAHAGIAAN"

"Hukum Tarikan Universal Yang Berkuasa MenarikKebahagiaan Dan Kejayaan Datang Kepada Kita"

"ZUHAIRI NOPIAH"

"AMIN IDRIS"


keterangan lanjut di >>>SINI<<<<

Buku beliau muka surat 111 bahagiaan 4 : Menguasai Minda Segar Bab 20 . Tip-tip Menghadapi Suasana Negatif


sedikit nukilan buku ini menyebut :

Saya dapati rasa satu cara yang sangat mudah, dan berkesan bagi menghadapi situasi begini. Kita boleh menarik nafas dalam-dalam. Izinkan diri bertenang supaya suasana itu dpat diatasi sebaik-baiknya. Sebut kan perlahan-lahan sambil tersenyum,


"Tiada apa atau siapa pun yang boleh menyebabkan saya jadi negatif. Saya sentiasa memilih bagi bersikap positif, kerana hidup saya adalah pilihan saya."


contoh LAIN menghindari sifat positif dalam konteks islamiah dengan zikir-zikir :


"A'uzubilla himin syar rima kholaq"

membawa maksud yang mendalam :

"Aku berlindung dengan Allah dari kejahatan yang Dia ciptakan"


KOMEN di blog penulis ----> SINI


DIHARAP TIADA LAGI YANG MENYATAKAN APA-APA ANDAIAN NEGATIF SEBELUM BERTINDAK. BERFIKIRANLAH POSITIF DENGAN MENDEKATI SAHABAT-SAHABAT YANG BERSIFAT POSITIF. 


SALAM SAYANG DARI SAYA...


SALAM RINDU UNTUK SEMUA...


SELAMAT TINGGAL RAMADHAN...


SELAMAT DATANG SYAWAL..


ASSALAMUALAIKUM WBT

:)

Tuesday, July 30, 2013

Ramai Betul Orang UPdate pasal Bengkel Facebook tengku Faris tengku khalid ni

Salam satu dunia... Assalamualaikum ya ramadhan... assalamualaikum warga blogger... rata-rata menyebut tentang bengkel facebook tengku faris. siapakah gerangan hamba Allah ini... sedikit latar belakang yang dapat dicungkil ... beliau seorang seorang Blogger, Usahawan Internet, Penulis Buku & Kolumnis Majalah! 







JULUNG-JULUNG KALI JEJAKA BERUMUR 23 TAHUN MENGADAKAN BENGKEL BERTARAF DUNIA INI... rahsia beliau ada kat sini


panjang-panjang baca cuma nak dapat kan info je kan.... pergi kat link ni BENGKEL FACEBOOK



BULAN PUASA BULAN RAMADHAN ... BACA PASAL BISNES NI RASA JE MCM MENIPU... TAPI RASA X SANGGUP NAK PENIPU SEMATA-MATA LAMAN WEB BENGKEL FACEBOOK TENGKU FARIS NI


LIHAT SINI... ----->    RAHSIA    bukan2... 



ok la... nnt nk post kat page FB kami ----> FAN PAGE


ASSALAMUALAIKUM!!!

Saturday, December 29, 2012

Rebat Smartphone RM200 - Senarai Smartphone di bawah RM500

Salam 1 bolgger Salam 1 Malaysia Assalamualaikum..

Sejak pengumuman Belanjawan 2013 tempoh hari, salah satu perkara yang ditanya ramai adalah berkaitan dengan Pakej Komunikasi Belia.

Untuk makluman semua, Pakej Komunikasi Belia ini boleh dibuat pendaftaran dan permohonan melalui laman SKMM bermula daripada 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013 kelak.





gambar : credit to nama berita dot com


Bagi yang tidak mengetahui akan Pakej Komunikasi Belia ini, ia adalah rebat sebanyak RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G, dimana merupakan salah satu usaha kerajaan dalam mempromosi gaya hidup digital kepada belia.

Daripada apa yang diketahui buat masa ini, ia dikatakan akan diuruskan oleh syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom, DiGi, UMobile, Yes YTL, dan juga TuneTalk.

Seterusnya, syarikat telekomunikasi akan memilih beberapa pengedar dan penjual untuk mendapatkan telefon pintar daripadanya.

Antara pengedar dan penjual yang akan menawarkan telefon pintar dengan rebat Pakej Komunikasi Belia ini adalah Senheng dan juga SenQ.

Seperti biasa, beberapa syarat perlu dipatuhi oleh para pengguna dalam mendapatkan rebat sebanyak RM200 ini, dimana antaranya adalah.. tengoklah kat bawah ni..

Antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi seperti berikut:

-Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.

-Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah

-Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500

-Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu.

-Hanya satu Smartphone untuk satu belia.

Buat masa ini terdapat 23 peranti yang telah diluluskan oleh kerajaan untuk rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia.

23 Smartphone berukut merupakan Smartphone 3G dibawah RM500.

Alcatel 993D




Model : Alcatel 993D
Platform : Android 4.0 (Ice Cream Sandwich)
Display : 4 Inch , 480 x 800 pixels
Processor : 1Ghz Processor
Memory : 8Gb, microSD
Camera : 5 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n

Alcatel OneTouch Glory 2





Model : Alcatel OneTouch Glory 2
Platform : Android 2.3 (Gingerbread)
Display : 3.2 Inch , 320 x 480 pixels
Processor : 650Mhz Processor, 256MB RAM
Memory : 150Mb, microSD
Camera : 3 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n

Alcatel OneTouch Inspire 2





Model : Alcatel OneTouch Inspire 2
Platform : Android 2.3 (Gingerbread)
Display : 4 Inch , 320 x 480 pixels
Processor : 800 MHz Processor
Memory : 150Mb, microSD
Camera : 5 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n

HTC Wildfire





Model : HTC Wildfire
Platform : Android 2.3 (Gingerbread)
Display : 3.2 Inch , 480 x 800 pixels
Processor : 600 MHz ARM 11 Processor, 512Mb RAM
Memory : 512Mb, up to 32Gb microSD
Camera : 5 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n

Huawei Ideos X3





Model : Huawei Ideos X3
Platform : Android 2.3 (Gingerbread)
Display : 3.2 Inch , 320 x 480 pixels
Processor : 600 MHz Processor, 256MB RAM
Memory : 512Mb, up to 32Gb microSD
Camera : 3.15 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n

LG Optimus L3





Model : LG Optimus L3
Platform : Android 2.3.6 (Gingerbread)
Display : 3.2 Inch , 240 x 320 pixels
Processor : 800 MHz Processor, 348MB RAM
Memory : 1Gb, up to 32Gb microSD
Camera : 3.15 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n

Ninetology Black Pearl II





Model : Ninetology Black Pearl II
Platform : Android 4.0 (Ice Cream Sandwich)
Display : 4 Inch , 480 x 800 pixels
Processor : Dual-Core 1 GHz processor, 512MB RAM
Memory : 4Gb, up to 32Gb microSD
Camera : 5 Megapixel, 0.3 Megapixel Front camera
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n

Ninetology Palette (Dual Sim)





Model : Ninetology Palette (Dual Sim)
Platform : Android 2.3 (Gingerbread)
Display : 3 Inch , 320 x 480 pixels
Processor : 832MHz processor
Memory : Up to 32Gb microSD
Camera : 2 Megapixel, 0.3 Megapixel Front camera
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n


Nokia 7230





Model : Nokia 7230
Platform : -
Display : 2.4 Inch , 240 x 320 pixels
Processor : -
Memory : 45Mb, up to 16GB
Camera : 3.15 Megapixel
GPS : -
Wifi : -

Nokia Asha 305 (Dual SIM)





Model :Nokia Asha 305 (Dual SIM)
Platform : -
Display : 3 Inch , 240 x 400 pixels
Processor : -
Memory : 10Mb, up to 32GB
Camera : 2 Megapixel
GPS : -
Wifi : -

Nokia Asha 308 (Dual SIM)





Model : Nokia Asha 308 (Dual SIM)
Platform : -
Display : 3 Inch , 240 x 400 pixels
Processor : -
Memory : 20Mb, up to 32GB
Camera : 2 Megapixel
GPS : -
Wifi : -

Nokia Asha 311





Model : Nokia Asha 311
Platform : -
Display : 3 Inch , 240 x 400 pixels
Processor : 1Ghz Processor
Memory : 140Mb, up to 32GB
Camera : 3.15 Megapixel
GPS : -
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n

Nokia C2-03 (Dual SIM)





Model : Nokia C2-03 (Dual SIM)
Platform : -
Display : 2.6 Inch , 240 x 400 pixels
Processor : -
Memory : 10Mb, up to 32GB
Camera : 2 Megapixel
GPS : -
Wifi : -

Nokia Lumia 610





Model : Nokia Lumia 610
Platform : Microsoft Windows Phone 7.5 Mango
Display : 3.7 Inch , 480 x 800 pixels
Processor : 800 MHz ARM Cortex-A5 Processor, 256MB RAM
Memory : 8Gb
Camera : 5 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n

Samsung Galaxy Chat





Model : Samsung Galaxy Chat
Platform : Android 4.0 (Ice Cream Sandwich), upgradable to v4.1 (Jelly Bean)
Display : 3 Inch , 240 x 320 pixels
Processor : 850 MHz Processor
Memory : 4Gb, up to 32GB
Camera : 2 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n

Samsung Galaxy Mini





Model : Samsung Galaxy Mini
Platform : Android 2.3 (Gingerbread)
Display : 3.4 Inch , 240 x 320 pixels
Processor : 600 MHz ARMv6 Processor, 384MB RAM
Memory : 160Mb, up to 32GB
Camera : 3.15 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n

Samsung Galaxy Pocket





Model : Samsung Galaxy Pocket
Platform : Android 2.3 (Gingerbread)
Display : 2.8 Inch , 240 x 320 pixels
Processor : 832 MHz ARM 11 Processor
Memory : 3 Gb, up to 32GB
Camera : 2 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n

Samsung Galaxy Y





Model : Samsung Galaxy Y
Platform : Android 2.3.5 (Gingerbread)
Display : 3 Inch , 240 x 320 pixels
Processor : 830 MHz ARMv6 Processor, 290MB RAM
Memory : 180Mb, up to 32GB
Camera : 2 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n

Sony Xperia Tipo





Model : Sony Xperia Tipo
Platform : Android 4.0 (Ice Cream Sandwich)
Display : 3.2 Inch , 320 x 480 pixels
Processor : 800 MHz Cortex-A5 Processor, 512MB RAM
Memory : 3 Gb, up to 32GB
Camera : 3.15 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n

ZTE Acqua





Model : ZTE Acqua
Platform : Android 4.0 (Ice Cream Sandwich)
Display : 4 Inch , 480 x 800 pixels
Processor : 1 GHz Cortex-A5 Processor, 512 MB RAM
Memory : 4 Gb, up to 32GB
Camera : 5 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n

ZTE V790 (Dual SIM)





Model : ZTE V790 (Dual SIM)
Platform : Android 4.0 (Ice Cream Sandwich)
Display : 3.5 Inch , 320 x 480 pixels
Processor : 1Ghz Processor, 512 MB RAM
Memory : 1 Gb, up to 32GB
Camera : 3.15 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n

The Buzz Phone





Model : The Buzz Phone
Platform : -
Display : 2.2 Inch
Processor : -
Memory : -
Camera : 1.3 Megapixel
GPS : -
Wifi : -



sumber : mesra mobil dot com




gambar : credit to minda mandul dot com





gambar : credit to gambar : credit to minda mandul dot com





gambar : credit to berita semasa dot com

gambar smartphone yang tersenarai dalam Malaysia