Wednesday, January 18, 2012

kelas tuition online #4

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan 1blogger.. 

kelas sesi ini ialah berkenaan kesalahan penggunaan perkataan

BORED dan BORING.
Apabila kita berasa bosan kita selalu kita sebut “boringnya...” Ini mungkin bahasa rojak bagi kita.
Tetapi awas Hafiz kerana Hafiz mungkin tersilap jika menterjemahnya bulat-bulat.

Baiklah mari kita lihat cara penggunaan perkataan BORING dan BORED yang betul.
BORED ialah kata sifat yang menceritakan ketidakseronokan seseorang sebab tiada apa yang nak dilakukan.

Sebagai contoh:
She was so BORED that she fell asleep.
Dia berasa bosan lalu tertidur.

BORING juga adalah kata sifat. Namun ia bermaksud sesuatu yang tak seronok dan tak mengujakan.
Contoh:
The lesson was so BORING that she fell asleep.
Pelajaran itu sungguh membosankan lalu dia tertidur.

Kesimpulannya kalau Hafiz nak katakan ‘seseorang itu berasa bosan’ gunakan BORED kalau nak katakan ‘sesuatu itu membosankan’ gunakan BORING.



Sekian.
Semoga berjumpa lagi di siri yang seterusnya.

sekian..terima kasih kerana sudi datang kelas pada sesi ini :)
senyum sokmo..: ) 
mohon share utk sahabat kita..