Saturday, October 22, 2011

kelas tuition online #3

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan 1blogger.. 

kelas hari ini ialah berkenaan kesalahan penggunaan perkataan 

AFFECT dan EFFECT

AFFECT dimulai dengan ‘AF’ manakala EFFECT bermula dengan ‘EF’.

AFFECT biasanya bertindak sebagai verb atau kata kerja (tindakan).
Ia bermaksud memberi kesan kepada seseorang atau sesuatu atau mempengaruhi dan mengubahnya.

Contoh:
The noise outside AFFECTED my performance.
(Bunyi bising di luar memberi kesan kepada persembahan saya.)

EFFECT pula biasanya ialah noun atau kata nama (benda). 
Ia boleh membawa maksud akibat atau kesan terhadap seseorang atau sesuatu.

Contoh:

The television programme had a strong EFFECT on her.
Rancangan televisyen itu meninggalkan kesan yang mendalam terhadapnya.

Perhatian Rakan blogger ku:
effect selalunya diikuti dengan kata sendi on atau didahului oleh artikel an dan the.

sekian..terima kasih kerana sudi datang kelas pada sesi ini :)
senyum sokmo..: ) 
mohon share utk sahabat kita..